Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan program vaksinasi Influenza – Pneumococcal melibatkan 10,000 dos vaksin secara percuma kepada golongan yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu menelan belanja RM1.5 juta akan bermula pada 14 November ini sehingga 31 Disember ini.